Tanah Merah sasar jadi bandar terbersih

webmaster

BANDAR Tanah Merah bakal muncul bandar bersih di Kelantan, hasil kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan dan masyarakat.

Hari ini diadakan pra pelancaran Tanah Merah Bandar Bersih yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

“Sasaran kita dalam masa tiga bulan ini kita akan melahirkan Tanah Merah sebagai bandar bersih. Ini antara usaha kita untuk mengajak masyarakat menjaga kebersihan kawasan sekeliling.

“Kita tidak mahu ada di sana pihak yang menyatakan mereka tidak terlibat. Hari ini semua masyarakat terlibat kerana mereka sebahagian masyarakat untuk menjaga kebersihan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran yang diadakan di perkarangan Pasar Besar Tanah Merah. – HARAKAHDAILY 28/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dua juta jemaah tunai haji tahun ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi dijangka menerima kira-kira dua juta jemaah dari seluruh dunia yang akan menunaikan ibadah haji di Tanah Suci tahun ini. Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC) Kementerian Kebudayaan dan Maklumat Kerajaan Arab Saudi berkata sehingga kini, seramai 1.497 juta jemaah sudah berkumpul di kota suci itu sebagai […]

Subscribe US Now