Tarif elektrik naik tambah beban rakyat

KENAIKAN tarif elektrik yang berlaku, tanpa dapat diatasi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sangat mendukacitakan. Padahal ‘Kurangkan Beban Rakyat’ adalah antara janji utama PH.

Telah hampir 100 hari Malaysia di bawah PH, namun rakyat masih belum benar-benar merasai penurunan harga barangan sekalipun GST sifar diumumkan. Lebih mencemaskan adalah kegagalan kerajaan dalam menurunkan harga minyak, dan terbaru kenaikan tarif elektrik sektor komersial. Dan ini juga tidak dibantu oleh dakwaan mengelirukan daripada Menteri Pertanian bahawa harga barangan turun 30-50 peratus.

Adakah beban rakyat dapat dikurangkan? Jangkaan banyak pihak kenaikan tarif elektrik ini akan menaikkan harga barangan secara keseluruhan.

Saya berpandangan rakyat keseluruhan lebih benar-benar menikmati tanda harga barangan yang murah dan turun harganya, berbanding seronok melihat berita-berita propaganda politik dalam media. Malangnya ia masih belum benar-benar berlaku bagi ‘Malaysia Baharu’.

Persoalan saya apakah jaminan dan mekanisme kerajaan dalam menangani kemungkinan kenaikan harga barang, lanjutan dari kenaikan tarif elektrik bagi sektor komersial. Saya menanti jawapan daripada kerajaan, terutama Menteri KPDNKK yang baru mengangkat sumpah semalam.

AHMAD MARZUK SHAARY
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
3 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 3/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment