TARIK SEMULA BATAL LESEN TANGKAP IKAN DI ZON A

webmaster

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menarik semula pembatalan lesen menangkap ikan di Zon A untuk nelayan pantai.

Ia berikutan rayuan nelayan pantai yang merungut sumber pendapatan mereka terjejas kerana tanpa lesen tersebut menghalang mereka turun ke laut untuk menangkap ikan.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, pada masa kini kerajaan telah membatalkan lesen tersebut menyebabkan nelayan pantai hilang sumber pendapatan.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan balik untuk mengeluarkan lesen tersebut oleh kerana sumber pendapatan nelayan kecil ini adalah di pinggir pantai dan apabila operasi dibuat, mereka akan ditangkap malah perahu serta jaring mereka dirampas.

“Sebab mereka terpaksa turun ke laut setiap hari dan kena ingat nelayan pantai ini kebanyakan B40.

“Kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan mereka untuk keluarkan lesen sementara sebelum lesen sebenar dikeluarkan kembali,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, semalam.

Terlebih dahulu, Tuan Ibrahim bersama beberapa ahli parlimen PAS telah menerima satu memorandum daripada Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) di lobi parlimen.

Sementara itu, beliau turut mendesak kerajaan supaya komited membanteras pencerobohan nelayan luar serta penggunaan pukat tunda di perairan zon B yang telah menyebabkan kerosakan ekosistem marin.

Meskipun, kerajaan telah melaksanakan Dasar Penghapusan Pukat Tunda di Zon B dan Dasar Penghapusan Pukat Kenka Dua (2) Bot yang berkuatkuasa pada 1 Jan 2021, tetapi katanya hingga kini tiada sebarang inisentif ke arah itu yang dibuat oleh kerajaan.

“Penguatkuasaan dan sebarang mekanisma perlu digerakkan daripada sekarang, walaupun penguatkuasaan larangan pada 2021,” ujarnya.

Berikut adalah kandungan memorandum daripada Jaring:

1. meminta kerajaan mengeluarkan segera lesen sementara bagi nelayan menangkap ikan di zon A.

2. menggesa Akta Perikanan 1985 dipinda bagi membolehkan hukuman berat dikenakan ke atas bot yang menceroboh dan menangkap ikan secara haram di Zon A serta pihak yang menjual memiliki dan menggunakan alat tangkapan yang dilarang.

3. menggesa kerajaan komited melaksanakan Dasar Penghapusan Pukat Tunda di Zon B dan Dasar Penghapusan Pukat Kenka Dua (2) Bot yang berkuatkuasa pada 1 Jan 2021 dan tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. – HARAKAHDAILY 31/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13839-tarik-semula-batal-lesen-tangkap-ikan-di-zon-a

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKK: KERAJAAN PUSAT U TURN LAGI

DI PARLIMEN semalam saya telah bangun bertanya Timbalan Menteri Luar Bandar semasa sesi pengulungan Bajet 2020. Namun sehingga akhir ucapan, timbalan menteri tidak menjawab soalan saya. Soalan saya berkaitan dengan kewujudan MPKK Persekutuan pada tahun 2020 dan kenyataan akhbar yang di buat oleh Penyelaras MPKK Persekutuan negeri Kelantan pada 21 […]

Subscribe US Now