Tautan Kasih Aidilfitri saji santapan rohani

webmaster

PASIR MAS: Majlis Tautan Kasih Aidilfitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) yang dirasmikan oleh YB Rozi Muhammad, ADUN Tendong di Markaz Tarbiyah Madrasah Nasrullah Pohon Buloh pagi tadi menyaksikan majoriti kehadiran para muslimat dari pelbagai peringkat usia; veteran hingga bayi.

Dalam ucapan perasmian, YB Rozi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UPKN dengan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Pasir Mas yang bermurah hati menganjurkan majlis pada hari cuti, Jumaat terakhir Syawal tanpa mengenal penat dan amat komited memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Menurut beliau, seperti era pentadbiran almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz lagi, dalam apa pun majlis anjuran Kerajaan Negeri pasti didahului dengan santapan rohani. Kemudian baharulah jamuan jasmani.

Bagi memastikan majlis silaturrahim antara pemimpin dan rakyat tambah bermanfaat, rapat mesra Aidilfitri ini menampilkan pendakwah selebriti Ybhg Ustazah Asni Mansor al-hafizah hadir berkongsi tazkirah berkenaan konsep sambutan hari raya sebenar yang wajar diamalkan yakni dengan mengeratkan kasih kasih sayang, saling memaafkan, mengelak pembaziran serta menjauhi riak dan berbangga diri dengan berbelanja secara melampau.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datin Panglima Perang Ustazah Wan Hanita Wan Yaakub, isteri Dato’ Panglima Perang Ustaz Nassuruddin Daud, Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Kerajaan Negeri Kelantan.

Kelihatan terakam pada lensa ialah para saf pimpinan Muslimat Kawasan dan DUN bergambar kenangan dengan dif undangan dan audien.

Turut menjadi sorotan lensa ialah muslimat veteran, Puan Rosnah Ismail, 60, dari kampung Pangkal Gerap, Pasir Mas dan beliawanis Imanina Kamal Bahri, 25, dari kampung Bunut Susu, Tendong Pasir Mas
sabar beratur mendaftarkan kehadiran seawal jam 8.00 pagi lagi.- UPKN 28/6/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jangan adili kes transaksi lot tanah di media sosial

KUALA  LUMPUR: Sebanyak 14 transaksi penjualan lot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dibatalkan secara ‘mutual agreement’, sementara 81 lagi diteruskan. Jawapan tersebut diberikan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad atas pertanyaan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) semasa Sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, hari ini. Che Abdullah dalam soalannya meminta […]

Subscribe US Now