Temo Mato Anok Beranok Wanita Kelantan di Perantauan

webmaster

MAJLIS Temo Mato Anok Beranok Wanita Kelantan di Perantauan semalam mendapat sambutan yang baik dan berlangsung dengan meriah.

Majlis yang diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bangi itu disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan, YB Dato’ Hj Abdullah Ya’kub, YB Mej (B) Dato’ Hj Md Anizam Ab Rahman, YB Dato’ Hj Abdul Fattah Mahmood, YB Dato’ Ust Hj Mohd Nassuruddin Haji Daud, YB Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hj Hassan, YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN, Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Penyelia DUN, pimpinan PERAKAN, AJK PURNAMA dan tetamu istimewa; Ustazah Asma’ Hussin, Dato’ Sharhan Syafie dan selebriti terkenal Mustapa Kamal bersama isteri Puan Suzan.

Program anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, Pertubuhan Seri Darulnaim dan PERAKAN Malaysia itu, telah menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjungmyang hadir, seperti gubahan hantaran menggunakan kain tuala, permainan puzzle, aktiviti mewarna dan banyak lagi.

Selain itu pihak penganjur turut menyediakan 120 hadiah cabutan bertuah buat para pengunjung, dan pelbagai pengisian menarik antaranya Ceramah Kekeluargaan, Demo Masakan oleh Chef Ustazah, Sembang Santai bersama YB Hajah Mumtaz Md Nawi dan YB Hajah Zailah Mohd Yusoff yang dimoderatorkan oleh YB Hjh Khairiah Mohamed, Penampilan Istimewa Dato’ Sohok dan Yatt Hamzah, persembahan nasyid, persembahan dikir barat dan macam-macam lagi.

YAB Ustaz Dato’ Menteri Besar Kelantan juga turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Tokoh Suri Mithali kepada 5 suri rumah yang terpilih di kemuncak majlis tersebut. FB Mumtaz Md Nawi Official

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bukan anak Kelantan boleh miliki rumah

KOTA BHARU: Bukan anak Kelantan berpeluang memiliki hartanah di negeri itu apabila kerajaan negeri memberi keistimewaan kepada orang Melayu bukan anak Kelantan. Timbalan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda) Cawangan Kelantan, Dato’ Samsuri Awang Mat bagaimanapun memaklumkan, mereka perlu memenuhi syarat-syarat mengikut Pekeliling Pejabat Tanah Galian (PTG) Kelantan. […]

Subscribe US Now