‘Tempat itu tidak wujud’

KUALA KRAI – Penduduk setempat mendakwa tidak pernah mendengar nama Pusat Cembong Batu Nang yang didakwa menjadi tempat UFO berlegar, sebaliknya hanya diketahui setelah isu itu viral di laman sosial.

image (5)
Objek terbang yang didakwa ditemui di Kuala Krai. Gambar kecil: Sihabidin

Sihabidin Yusof, 62, dari Bukit Sireh berkata, dia kali pertama mendengar nama lokasi tersebut sepanjang 32 tahun menetap di Kuala Krai.

Menurutnya, dia sendiri tertanya-tanya mengenai lokasi tersebut sebaik berita UFO viral di laman sosial.

“Saya tidak pernah dengar nama Cembong Batu Nang. Rasanya tempat itu tidak wujud dan tidak mustahil video tersebut telah diedit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning memaklumkan tidak menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, nama lokasi tersebut juga tidak wujud.

Kelmarin, viral di laman sosial video berdurasi 1 minit 25 saat yang memaparkan imej objek terbang, konon UFO, berlegar di ruang udara Kuala Krai.

Dalam video itu turut terdengar percakapan individu dalam loghat Terengganu.[SINAR HARIAN 3 SEPTEMBER 2016]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment