Tender: Kontraktor bumiputera resah

webmaster

KUALA LUMPUR: Timbul keresahan dalam kalangan kontraktor bumiputera apabila terdapat isu perubahan secara agresif mengenai status kelayakan tender untuk kontraktor bumiputera.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary berkata, perubahan tersebut berlaku tanpa notis atau pekeliling daripada kementerian yang bertanggungjawab.

“Saya ingin tarik perhatian terhadap dakwaan perubahan ketara dalam sistem perolehan kerajaan yang mana Perolehan Kontrak dan Tender telah berubah daripada status kelayakan Penyertaan Kontraktor Bumiputera kepada Penyertaan Terbuka kepada semua (termasuk bukan bumiputera).

“Secara agresif tanpa notis dan pekeliling makluman daripada kementerian mahupun jabatan. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Persatuan Kontraktor Bumiputera,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menyuarakan sejauh manakah perkara ini berlaku dan mempersoalkan tahap jaminan kerajaan terhadap dasar menggalakkan penglibatan usahawan bumiputera dipertahankan.

“Apakah bukti nyata dasar ini terus diperkukuhkan dalam pemerintahan Pakatan Harapan?” katanya. – HARAKAHDAILY 2/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10475-tender-kontraktor-bumiputera-resah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RM100K parlimen pembangkang, PH RM1.8 juta

KUALA LUMPUR: Pembiayaan kecil RM100,000 diperuntukkan kepada kawasan Ahli Parlimen pembangkang oleh Kerajaan Persekutuan sama sekali tidak menggambarkan prinsip keadilan negara demokrasi dan sebagaimana janji manifesto PH. Bahkan, perbezaan ketara diperuntukkan kepada Ahli Parlimen kerajaan iaitu RM1.8 juta disifatkan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat) sebagai diskriminasi kepada […]

Subscribe US Now