Tengku Mahkota Kelantan, isteri ziarah pesakit di HRPZ II

KOTA BHARU – YTM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri YBhg Cik Puan Sofie Louise Johansson mencemar duli berangkat menziarahi dan mengurniakan sumbangan kepada pesakit di wad Anggerik (wad kanak-kanak) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Turut mengiringi Yang Dipertua MAIK, YBM Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin dan Pengarah HRPZ II, Dato’ Dr Selasawati Ghazali.

Dalam majlis sama, Tengku Mahkota turut mengurniakan sumbangan wang zakat MAIK berjumlah RM 30,000 kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) bagi kegunaan pesakit asnaf di hospital itu.- UPKN KELANTAN 29/5/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment