Tengku Mahkota Kelantan, isteri ziarah pesakit di HRPZ II

webmaster

KOTA BHARU – YTM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan isteri YBhg Cik Puan Sofie Louise Johansson mencemar duli berangkat menziarahi dan mengurniakan sumbangan kepada pesakit di wad Anggerik (wad kanak-kanak) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Turut mengiringi Yang Dipertua MAIK, YBM Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin dan Pengarah HRPZ II, Dato’ Dr Selasawati Ghazali.

Dalam majlis sama, Tengku Mahkota turut mengurniakan sumbangan wang zakat MAIK berjumlah RM 30,000 kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) bagi kegunaan pesakit asnaf di hospital itu.- UPKN KELANTAN 29/5/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan perkenal beca inovasi baharu

KOTA BHARU: Kelantan akan memperkenalkan model beca berinovasi baharu sebagai usaha menarik minat golongan muda menjadikan beca sebagai mata pencarian. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abd Rahman berkata model beca itu akan diubah reka bentuk berbanding tradisional yang ada sekarang. “Kita menganggar lima […]

Subscribe US Now