Tengku Mahkota Kelantan kahwin 19 April

webmaster

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bakal melangsungkan perkahwinan dengan Cik Sofie Louise Johansson pada 19 April ini.

Majlis yang diadakan secara sederhana dan tertutup itu akan diadakan di Istana Balai Besar selepas solat Isyak.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dalam sidang media di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Menurutnya, Cik Sofie Louise Johansson, 33, merupakan kenalan lama Tengku Mahkota dan merupakan warganegara Sweden.

“Tuanku berharap seluruh rakyat mendoakan semoga majlis perkahwinan baginda dipermudahkan dan dirahmati Allah,” ujarnya.

Jelas Faziharudean, cenderamat sempena istiadat perkahwinan itu baginda menitahkan supaya disumbngkan kepada badan badan kebajikan negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk), Rumah Anak Anak Yatim dan Orang Tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah. – HARAKAHDAILY 6/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10521-tengku-mahkota-kelantan-kahwin-19-april

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tingkat prestasi Tabung Haji

KOTA BHARU: Kerajaan perlu mempertingkatkan prestasi Tabung Haji sebagai usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi kewangan terbesar umat Islam itu. Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, berkata hibah sebanyak 1.25 peratus yang diumumkan oleh kerajaan semalam telah memberi kesan pada rakyat khususnya bagi pendeposit. Pada masa yang sama menurutnya, kerajaan […]

Subscribe US Now