Terengganu bekal air ke sempadan Kelantan

webmaster

PASIR PUTEH: Semalam sejarah baru tercatat apabila Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) bersetuju membekal sementara air ke beberapa kampung di kawasan sempadan di Kelantan.

Perjanjian tersebut bagi membekalkan air bersih kepada penduduk di Bukit Yong dan Tok Bali. Pada perjanjian itu Kelantan diwakili Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Perjanjian berkenaan disaksikan Menteri Besar Kelantan Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Perjanjian bekalan air terawat itu dipersetujui mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 13 Oktober lepas.

Malah cadangan mendapat bekalan air dari SATU pernah dibuat pada 2011 semasa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerajui Kelantan.

Usaha berkenaan dilakukan memandangkan kampung-kampung di kawasan sempadan Besut-Semerak mendapat bekalan air bersih dari Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, Machang.

Manakala kawasan sempadan di Bukit Yong pula mendapat bekalan air bergraviti (GFS) di kawasan tadahan Bukit Yong.

AKSB sebelum ini menghadapi masalah tekanan air di kawasan sempadan Besut memandangkan kedudukannya di kawasan penghujung.

Ustaz Ahmad berkata, pembelian air terawat dari SATU bersifat jangka pendek sementara menunggu siapnya projek menaik taraf LRA Merbau Chondong Machang.

Katanya loji berkenaan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun hadapan. Melalui Perjanjian tersebut SATU akan membekalkan air terawat kepada 1,200 pengguna di Semerak dan Bukit Yong dengan kapasiti 150,000 ribu meter padu sebulan.

“Inilah usaha kerajaan negeri menyelesaikan beberapa masalah dialami penduduk di Pasir Puteh. Kerajaan negeri sentiasa menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” katanya di majlis berkenaan. –HARAKAHDAILY 22/12/2015

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tunggakan pinjaman guru Yik selesai 2016

KOTA BHARU: Isu tunggakan pinjaman kakitangan Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang berbangkit sebelum ini dijangka diselesaikan sepenuhnya pertengahan tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata sebelum ini Yik telah membayar tunggakan tersebut sebanyak RM2 juta. Katanya tunggakan yang ada sekarang sebanyak RM12 […]
KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu

Subscribe US Now