Terengganu dan Kelantan benteng pertahan Islam

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Negeri Kelantan dan Terengganu wajib bergading bahu mempertahankan Islam yang kini banyak isu digembar-gemburkan musuh bertujuan memberi fahaman salah terhadap agama itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Dato’ Ustaz Nassuruddin Daud berkata, Kelantan dan Terengganu kini menjadi benteng kepada Islam di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya ketika menyambut ketibaan delegasi Kerajaan Terengganu yang membuat lawatan kerja ke Kelantan di Kota Darul Naim, di sini semalam.

Lawatan kerja bertujuan meninjau, berdialog dan bertukar pandangan dalam pentadbiran agama itu, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Sementara itu, Ustaz Mohd Nor dalam ucapan balasnya menganggap Kelantan sebagai abang untuk Terengganu belajar dari pengalaman mereka memerintah selama 28 tahun.

“Pelbagai masalah agama wujud ketika ini, bagaimana kita ingin menyelesaikan masalah ini?

“Saya berharap pertemuan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua dalam bertukar pendapat dan meneruskannya lagi dalam pertemuan yang akan datang,” kata beliau.

Turut hadir timbalan masing-masing, iaitu Dr Md Yusnan Yusof dari Kelantan. Manakala dari Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim.

Selain itu, mufti dan wakil agensi-agensi kedua-dua kerajaan dibawah portfolio yang berkaitan turut bersama dalam pertemuan pertama kali diadakan selepas PRU 14.

Rombongan kemudiannya dibawa melawat ke Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan pemikir-pemikir agama di Kelantan yang mana Dato’ Dr Johari Mat menjadi pengarahnya. -HARAKAHDAILY 6/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7679-terengganu-dan-kelantan-benteng-pertahan-islam

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan wajar pertimbang bina LPT3

SAYA menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) yang akan menghubungkan tiga negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pembinaan tersebut telah terangkum dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) (2016-2020) di bawah Strategi A1 : “Mengutamakan ketersambungan wilayah melalui lebuh raya baharu” yang menyebutkan; “Penerusan pembangunan Central […]

Subscribe US Now