Terpulang SPRM panggil lagi pemimpin PAS

webmaster

KOTA BHARU: PAS meletak keyakinan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes bayaran RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini pernah menafikan terlibat dengan dakwaan tersebut.

“Siasatan kes itu masih berjalan. Jadi terpulang kepada SPRM hendak panggil lagi pemimpin PAS. Kita tidak mahu ulas apa-apa lagi kerana Tuan Guru pernah menafikannya,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Seri Azam Baki semalam dilapor berkata, pihaknya akan menyerah kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berkaitan bayaran kepada Editor Sarawak Report.

Menurutnya, siasatan kes tersebut sekarang di peringkat akhir.

Ustaz Ahmad juga berkata, SPRM pernah memberi penjelasan isu tersebut. – HARAKAHDAILY 27/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10388-terpulang-sprm-panggil-lagi-pemimpin-pas

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Makanan: B40 belanja lebihi pendapatan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan langkah mengatasi peningkatan harga makanan di kawasan bandar utama yang memberi kesan terhadap golongan B40. Katanya, kos sara hidup di bandar lebih tinggi berbanding di luar bandar menyebabkan golongan […]

Subscribe US Now