Thailand tidak benar perkahwinan bawah umur

webmaster

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Narathiwat dikatakan tidak diberi maklum mengenai perkahwinan lelaki dari Kelantan dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Sungai Golok baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Baba Haji Syafie memaklumkan perkahwinan yang dibuat pasangan berkenaan tanpa mendapat kebenaran.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, perkara itu dimaklum Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat pada pertemuan di Narathiwat hari ini.

Malah katanya, undang-undang di Thailand juga tidak membenarkan perkahwinan melibatkan pasangan bawah umur.

“Baba Hj Syafie memberitahu pejabatnya tiada maklumat rasmi tentang isu itu serta tidak ada permohonan dibuat melalui pejabat beliau,” katanya ketika dihubungi di Narathiwat.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang mengadakan pertemuan dengan Baba Haji Syafie bagi mendapat gambaran lebih jelas isu yang berlaku.

Kelmarin anak pasangan yang berasal dari selatan Thailand berusia 11 tahun dilapor dinikahi dengan seorang lelaki berusia 41 yang berasal dari Gua Musang.

Pernikahan secara gantung itu dikatakan diadakan di negara jiran, tempat asal keluarga kanak-kanak terbabit. – HARAKAHDAILY 2/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Memulakan tanggungjawab Ahli Parlimen

SIDANG Parlimen pertengahan Julai ini, saya telah menghantar 15 soalan untuk dibangkitkan iaitu: Satu soalan untuk Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung perkembangan pembinaan tebatan banjir sepanjang jajaran Sungai Golok yang melibatkan Parlimen Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat. Satu soalan untuk Menteri Belia dan Sukan berhubung persiapan negara membentuk […]

Subscribe US Now