Tiada ahli PKR hantar surat letak jawatan

webmaster

KERAJAAN Kelantan sehingga sekarang belum menerima surat ‘hitam putih’ berkaitan peletakan jawatan sebagai anggota majlis pihak berkuasa tempatan dalam kalangan ahli PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri masih memberi ruang kepada mereka.

“Setakat ini kita tidak terima apa-apa hitam putih termasuk daripada wakil PKR yang sudah mengangkat sumpah di beberapa majlis daerah,” katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.

MDPP menyediakan tiga tempat kepada pemimpin PKR untuk dilantik sebagai ahli majlis. Bagaimanapun mereka tidak hadir mengangkat sumpah hari ini.

Abdul Fattah juga berkata, kerajaan negeri masih bersikap terbuka dan berharap mereka dapat berkhidmat bersama-sama sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Bagi kita selagi tidak ada surat rasmi perletakan jawatan maka pelantikan itu kekal,” ujarnya.

Sehingga sekarang seramai 37 wakil dari PKR dilantik sebagai ahli majlis di seluruh PBT di Kelantan. – HARAKAHDAILY 22/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Masalah bekalan air sering terputus selesai

TANAH MERAH – Masalah bekalan air sering terputus kerana saluran paip pecah setiap kali hujan lebat yang dihadapi penduduk Kampung Bukit Pauh, dekat sini, berakhir apabila paip lama digantikan dengan paip baharu. Wakil penduduk, Mohd Pilaiman Ibrahim berkata, masalah itu selesai dengan pemasangan saluran paip baharu sepanjang kira-kira 300 meter […]

Subscribe US Now