Tiada bantahan batal warta tanah kubur

webmaster

KOTA BHARU– Tiada bantahan dibuat ketika pihak berkuasa negeri meminta individu atau waris yang berhajat untuk membantah pembatalan warta tanah Makam Langgar Lama, Jalan Gajah Mati dekat sini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, pada 1 Februari 2006 pihaknya menerima permohonan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang mahu membangunkan lot tanah berkenan.

“Perkara ini sudah diuar-uarkan melalui masjid berhampiran dan kain rentang mengenai pengumuman berkenaan namun tiada waris yang tampil,” katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya, setelah tiada bantahan, bayaran istibdal sebanyak RM2.2 juta diberikan kepada Maik untuk menggantikan tanah kubur lain.

“Untuk kita kenal pasti waris agar sukar kerana kubur itu berusia lebih 200 tahun. Kami buat mengikut syariah. Maik lantik petugas khas untuk operasi pemindahan ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Tanjung Chat.

“Kubur raja masih ada di sana yang lain tiada dalam catatan sahih kalau ada sekalipun kita urus dan pindah secara baik. Ada kubur raja diminta oleh keluarga untuk dipindahkan ke kubur Banggol.- SINAR HARIAN 9/12/2018

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tiada-bantahan-batal-warta-tanah-kubur-1.913476

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DHPP tangani isu tanah penduduk Siam

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengambil inisiatif menangani isu pengambilan tanah penduduk Siam di Kampung Mentua oleh kerajaan Persekutuan. Ketua Penerangannya Lau Chin Chua berkata, pihaknya akan bertemu Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob bagi menyelesaikan isu tersebut. “Hasil rundingan itu kita akan maklumkan kepada […]

Subscribe US Now