Tiada bazar Ramadan selagi ada PKP – MB Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan menganjurkan bazar Ramadan tahun ini selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Ia selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan selagi PKP dilaksanakan bagi menghalang penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, jika semua pihak tidak bersetuju (bazar Ramadan) diadakan, kerajaan negeri turut menyokong.

“Insya-Allah, kita akan ikut pendirian kerajaan pusat. Kalau semua tidak setuju atau kalau Menteri Kanan isytihar tiada bazar Ramadan, kita akan ikut,” ujarnya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Keselamatan Negeri (JKKN) Khas di Kota Darul Naim hari ini.

Baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata bazar Ramadan tidak akan dibenarkan selagi PKP dikuatkuasakan bagi memastikan kes jangkitan Covid-19 berupaya dikawal sepenuhnya.– HARAKAHDAILY 6/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/06/tidak-anjur-bazar-ramadan-selagi-ada-pkp-mb-kelantan/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelulusan operasi kilang arak batal serta-merta

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kabinet hari ini telah memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi kilang arak Heniken dan Carlsberg sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia berikutan tular di media sosial berkaitan surat membenarkan syarikat arak berkenaan untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob […]

Subscribe US Now