TIADA CARUMAN PERKESO GAGAL DAPAT PENCEN PENAKAT

webmaster
Nora menziarahi Nasir yang cedera parah akibat kemalangan.

OLEH SALMAH MAT HUSAIN |FOTO RIZAL TAHIR

TUMPAT: Setiap pekerja perlu memastikan majikan masing-masing mencarum dengan Perkeso sepanjang tempoh mereka bekerja.

Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata, caruman itu amat penting dalam menentukan kelayakan caruman untuk memohon tuntutan pencen ilat.

Katanya kegagalan mencarum membuatkan pekerja gagal mendapat pencen penakat.

“Pencen penakat dibayar kepada orang di bawah tanggungan yang layak termasuk isteri dan anak-anak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengunjungi keluarga Mat Nasir Mat Salleh, 41 di Kampung Tujoh semalam.

Mat Nasir cedera parah di kepala sehingga koma akibat kemalangan jalan raya. Berikutan itu beliau dirawat selama dua bulan di unit rawatan rapi Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Turut hadir Penghulu Mukim Kampung Tujoh, Roshdi Ramli. – HARAKAHDAILY 22/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13694-tiada-caruman-perkeso-gagal-dapat-pencen-penakat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKTIVITI KEHIDUPAN SEHINGGA JAM 12 MALAM: SINKRONISASI FITRAH MANUSIA DAN ALAM

oleh Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa CADANGAN bernas YAB Menteri Besar Negeri Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yakob untuk melaksanakan peraturan aktiviti jualan makanan melalui restoran dan kedai-kedai makan di seluruh Kelantan dihadkan pada waktu malam tidak melebihi jam 12 malam adalah tindakan pro-aktif dan amat positif ke […]

Subscribe US Now