Tiada kerugian besar banjir kali ini

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengenal pasti tiada kerugiaan besar dialami di negeri ini akibat banjir baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abd Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan sedia ada bagi membaik pulih kerosakan kecil seperti melibatkan jalan kampung, surau dan masjid.

“Maklumat daripada ketua jajahan yang terlibat dengan banjir baru-baru ini, untuk kami membina rumah baharu untuk mangsa banjir tiada kerana situasi banjir terkawal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Geran Usahawan Anak Muda Kelantan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan geran berjumlah RM225,000 kepada sembilan usahawan muda.

Mengenai pemberian geran itu, Abdul Fattah berkata geran tersebut bagi membolehkan sembilan usahawan berkenaan mengembangkan perniagaan masing-masing

Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang menggalakkan golongan muda menceburi bidang keusahawanan kerana ia mempunyai potensi cerah pada masa depan. – 11 JANUARI 2017 BERNAMA

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment