Tiada kompromi jika anggota lakukan kesalahan

webmaster

KOTA BHARU – Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang didapati terlibat dengan kesalahan tatatertib yang boleh mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kejadian seorang anggota polis trafik yang dipercayai menendang seorang remaja dan video insiden itu tular di media sosial sejak semalam.

Hasanuddin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Jalan Kampung Sireh di sini, kira-kira pukul 3 petang semalam melibatkan seorang remaja berusia 17 tahun.

“Mengikut maklumat awal yang diperoleh, ketika kejadian, empat anggota trafik melakukan rondaan sebelum terserempak dengan remaja berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas berjaya ditahan, berlaku pergelutan dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati remaja itu menunggang motosikal tanpa lesen manakala cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Hasanuddin berkata, setakat ini mangsa belum membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan mengikut Kanun Keseksaan jika mangsa mengemukakan laporan rasmi kepada pihaknya.

“Polis juga akan menjalankan siasatan dalaman dan mana-mana anggota yang didapati melakukan kesalahan akan dikenakan tindakan tatatertib.

“Setakat ini maklumat yang diperoleh terlalu sedikit namun siasatan selanjutnya akan dilakukan.

“Kita juga sukar mengenal pasti anggota yang terlibat berikutan mutu video yang ditularkan itu kurang jelas,” katanya. – BERNAMA 8/1/2019

https://www.sinarharian.com.my/article/6095/EDISI/Kelantan/Tiada-kompromi-jika-anggota-lakukan-kesalahan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pondok tawar pakej pelancongan ilmu

BACHOK: Pelancong yang berminat mendalami ilmu agama di Kelantan berpeluang menimba ilmu melalui pakej pelancongan disediakan di Pusat Pengajian Pondok Kandis. Pondok tersebut terletak di Kampung Kandis di laluan Bachok ke Tok Bali, Pasir Puteh. Ketua Pendaftar Pusat Pengajian Pondok Ustaz Zamri Zahari berkata, usaha tersebut tertumpu kepada pakej melancong sambil […]
Masjid Pusat Pengajian Pondok Kandis

Subscribe US Now