Tiada negara Islam termasuk 25 negara bersih di dunia

mbbersihKOTA BHARU: Sepatutnya negara Islam tergolong dalam 25 negara terbersih di dunia memandangkan kebersihan adalah tuntutan agama Islam.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, malangnya negara Islam tidak termasuk dalam kategori tersebut sedangkan ia merupakan tuntutan agama.“Sepatutnya negara Islam atau negara yang dihuni umat Islam mencapai tahap tersebut,” katanya ketika merasmikan Seminar Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Kelantan di Perdana Resort semalam.

Menurutnya juga apa yang berlaku itu kerana sikap individu yang tidak mengutamakan aspek kebersihan supaya selaras dengan tuntutan agama.

“Kerana itu saya menyeru masyarakat Kelantan supaya menjaga kebersihan bersesuaian dengan negeri kita berimej Islam,” ujarnya.

Beliau juga berharap institusi awam termasuk masjid atau surau mengutamakan kebersihan kerana ia menjadi tumpuan orang ramai.

Seminar tersebut disertai lebih 500 peserta yang mewakili Pejabat Tanah dan Jajahan, jabatan Persekutuan, Majlis Penghulu Kelantan, Dewan-dewan Perniagaan, persatuan peniaga dan NGO. –HARAKAHDAILY 4/10/2016

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment