Tiada pembalakan di Kelantan musim tengkujuh

webmaster

KOTA BHARU: Sudah menjadi kelaziman di Kelantan tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh yang bermula Oktober setiap tahun.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, syarikat pembalakan menghentikan operasi mereka kerana laluan lori balak sukar menjelang musim tengkujuh.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang peringatan kepada pihak berkenaan supaya menghentikan operasi pembalakan.

“Sudah menjadi lumrah pembalak menghentikan operasi mereka apabila memasuki musim tengkujuh.

“Kalau ada arahan pun ia dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri dan ia bergantung kepada keadaan semasa. Biasanya Februari tahun hadapan baru operasi dimulakan semula,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Kelantan dan Terengganu mengikut jejak langkah Pahang menghentikan sementara aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh bagi mengelakkan tragedi buruk. – HARAKAHDILY 7/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8643-tiada-pembalakan-di-kelantan-musim-tengkujuh

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

450 jurutera berkampung di Kelantan

KOTA BHARU: Seramai 450 jurutera dan pengurusan syarikat pengendali industri air dari seluruh Malaysia akan berkampung di Kelantan pada akhir bulan ini. Mereka akan menyertai Persidangan dan Pameran Malaysian Water Engineers Action Committee (MyWAC) edisi ke-31 pada 25 hingga 28 November ini di Hotel Grandriver View. Ketua Jabatan Teknikal Air Kelantan […]

Subscribe US Now