Tiada riak berketurunan raja

webmaster

RANTAU PANJANG – Bangga dan rasa syukur diluahkan rakyat apabila Sultan Muhammad V diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, kelmarin.

Penduduk, Fakhrurrozi Fauzi berkata, walaupun lahir dalam keluarga diraja, baginda tidak menunjukkan sebarang perbezaan status.

Menurutnya, saat Baginda mencemar duli ke Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau sinonim dengan nama Masjid Beijing beberapa bulan lalu, rakyat tidak terkejut melihat gaya sederhana Baginda yang gemar mengenakan jubah.

“Saya terharu dapat menyaksikan sendiri Tuanku turun dari kenderaan rasmi dan bergerak ke pentas dalam keadaan cukup hebat dengan langkah seperti pahlawan.

“Saya lebih kagum apabila Baginda sendiri menyembelih lembu untuk jamuan bersama rakyat,” katanya.

Beliau berkata, sikap Baginda yang rendah diri dengan membahasakan diri dengan perkataan ‘kito dan ambo’ amat disenangi.

Fakhrurrozi yang juga Ketua Pemuda Pas Dun Gual Periok turut mengucapkan tahniah kepada Tuanku atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan mendoakan Baginda diberi kekuatan mentadbir Negara ini dengan acuan Islam.

“Semoga hukum Islam akan didaulatkan di bawah penguasaan Tuanku,” katanya.- SINAR HARIAN 15/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lukisan mural beri imej baharu

TUMPAT – Usaha mengindahkan Kawasan Bebas Cukai (KBC) Pengkalan Kubor dengan lukisan mural memberi imej baharu sebagai satu kawasan tumpuan ramai kerana KBC merupakan pintu masuk utama pelancong ke negara ini. Kerja-kerja penghasilan lukisan mural atau projek KBC Street Art itu dijayakan seramai 11 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok. […]

Subscribe US Now