Tiada sungai di Kelantan tercemar

webmaster

KOTA BHARU: Kelantan sehingga sekarang tidak tersenarai dalam kategori 32 sungai tercemar di negara ini.

Berdasar maklumat Majlis Air Negara (MAN) 32 sungai tercemar tersebut melibatkan sungai di enam negeri.

Sungai tercemar dikategorikan mempunyai kadar parameter E.Coli dan total coliform yang tinggi.

Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Mohd Fariz Mat Rahim berkata, berdasar maklumat MAN tidak ada sungai di Kelantan berada di bawah kategori tercemar.

Baru-baru ini anggota Exco Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, kerajaan negeri mengenal pasti punca berlaku kekeruhan air sungai di Kelantan.

“Sungai kita cuma mengalami kekeruhan sahaja bukannya tercemar dengan bahan kimia atau toksik lain yang bermaksud air tidak boleh diminum.

“Masalah kekerohan air sungai dibincang pada mesyuarat Exco baru-baru ini,” katanya.

Oleh itu kata beliau agensi kerajaan berkaitan diarah mencari punca dan mengatasi masalah terbabit. – HARAKAHDAILY 11/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10129-tiada-sungai-di-kelantan-tercemar

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penduduk berhimpun program ‘Cinta Rasul’

TUMPAT: Berikutan ada pihak semakin berani menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, malam kelmarin hampir 4,000 penduduk tempatan berhimpun pada Himpunan Ummah Cinta Rasul. Pelbagai lapisan masyarakat hadir bersama NGO, parti-parti politik dan 13 guru pondok seluruh Tumpat. Program bermula dengan perarakan di Masjid Ismaili Bandar Tumpat selepas solat Isyak. Kemudian […]

Subscribe US Now