Tidak jawab soalan, kata Tuan Ibrahim kepada PM

KUALA LUMPUR: Lain yang ditanya lain yang dijawab, demikian gambaran maklum balas yang diterima oleh Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat pagi ini terhadap soalan tambahan yang dikemukakan beliau kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam soal jawab pada hari ini, beliau meminta penjelasan Perdana Menteri berhubung laporan daripada akhbar Malay Mail yang menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat operasi harian termasuk peperiksaan berkuatkuasa hari ini.

“Saya minta penjelasan daripada Perdana Menteri berhubung laporan daripada Malay Mail hari ini yang menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan bahasa Inggeris dalam taklimat harian dan operasi pada setiap hari dan tidak menggunakan bahasa Melayu.

“Dan bermula pada hari ini mereka telah menguatkuasakan satu peperiksaan kepada pegawai tinggi untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian termasuk briefing, taklimat dan operasi,” kata Tuan Ibrahim.

Mahathir bagaimanapun tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya berkata penggunaan bahasa apa sekalipun adalah penting asalkan pendengarnya memahami apa yang diperkatakan.

“Tuan Yang Dipertua kadang-kadang kita menggunakan bahasa Arab supaya yang mendengar itu tidak faham, dan terjemahannya itu pun kita tak tahu betul ke tak betul, jadi amat penting sekali apabila kita berhubung dengan orang bahasa apapun yang penting dia faham apa kita kata. Yang dia kurang faham, kadang-kadang kita terpaksa guna bahasa Arab bagi orang yang pandai bahasa Arab,” katanya.

Tuan Ibrahim kemudiannya bangkit mendesak jawapan daripada Mahathir dan menekankan persoalan yang dikemukakan beliau menyentuh urusan penting dalam urusan harian PDRM.

“Saya fikir menteri (Perdana Menteri) tidak jawab soalan, saya fikir tolong jawab soalan, ini berhubung PDRM, bukan urusan harian, PDRM guna bahasa Inggeris dalam operasi harian. Saya minta menteri jawab soalan,” desaknya, yang kemudiannya Speaker Dewan bertindak alih kepada soalan seterusnya dari Ahli Parlimen Merbok. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7784-tidak-jawab-soalan-kata-tuan-ibrahim-kepada-pm

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment