TIGA ALIRAN PROGRAM BANTUAN SEJAHTERA TANI SELESAIKAN MASALAH RAKYAT

webmaster

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar berkerjasama erat dengan agensi kerajaan pusat serta Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) selaku agensi Kerajaan Negeri telah menyediakan Bantuan Sejahtera Tani.

Dana RM200 ribu diperuntukkan bagi membantu para petani dan penternak mengatasi masalah dalam memasarkan produk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 12 Mei ini.

Berikut adalah tiga aliran mudah program bantuan tersebut:

1. Pendaftaran secara sistematik data para petani dan penternak yang terjejas oleh PKP, di bawah jabatan untuk dibantu dalam memasarkan produk mereka.

2. Perbincangan para petani dan penternak berdaftar dengan pegawai jabatan berkaitan untuk mengemaskini perekodan data.

3. PKPNK akan mempertimbangan pembelian hasil tani secara tunai berdasarkan rekod dengan dana RM100 ribu bagi sektor penternakan dan masing-masing RM50 ribu untuk sektor pertanian dan perikanan.

Sumber: https://www.facebook.com/1379770592257304/posts/2662980383936312/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

IMPROVED WATER SUPPLY SERVICES FOR KELANTAN

by Norzana Razaly The people of Kelantan will be enjoying better water supply services in the near future with the implementation of 33 water supply improvement projects. Minister of Environment and Water Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man said, the projects is being carried out until 2025 will benefit more than […]

Subscribe US Now