TIGA STRATEGI UTAMA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI KELANTAN

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Tiga strategi utama digarisbawahkan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menjayakan pengurusan sisa pepejal termasuk sampah domestik.

Ia mampu menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan pengurusan sampah dan kos operasi tapak pelupusan yang meningkat sepanjang tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Dr Haji Izani Husin berkata, tiga strategi tersebut dimulai dengan;

1. usaha menerap anjakan pemikiran pencetus kepada perubahan sikap lebih positif dalam kalangan masyarakat terhadap soal kebersihan dan kitar semula.

2. penumpuan terhadap usaha memperkemaskan keberkesanan sistem pengurusan sampah.

3. penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan yang lebih tegas serta mewujudkan infrastruktur pelupusan sampah yang lebih bersesuaian.

Dr Haji Izani menyertai lawatan ke Palembang atas jemputan Kelantan Utilities Mubaarakan Sdn Bhd (KUMSB) ke Palembang pada 29 Januari 2020 bertujuan mengetahui perancangan pemerintah kota tersebut melaksanakan wawasan Palembang menjadi bandar terbersih di Indonesia.

Hasil lawatan itu, didapati;

a) perlunya tindakan mengurangkan jumlah sampah, selain melihat kesesuaian menguruskan sampah samada secara sistem pelupusan sampah atau pengubahan sisa buangan kepada tenaga (WTE – waste to energy).

b) menukarkan sampah kepada baja, kompos serta menukarkan sampah kepada satu bentuk yang boleh dijual semula. Pentingnya masyarakat tahu mengitar semula sampah 3R – reduce, recycle, reuse di samping membina loji tenaga.

Dua masalah utama berkaitan pengurusan sampah di Kelantan ialah;

i) sikap anggota masyarakat yang membuang sampah merata-rata dan tidak mengasingkan sampah secara betul.

ii) isu infrastruktur tapak pelupusan sampah yang masih belum lengkap.

Perbezaan ketara infrastruktur pelupusan sampah di antara Kelantan dan Palembang ialah saiz keluasan kawasan; di Palembang tapak pelupusan sampah boleh diuruskan dengan efektif dan murah kerana jaraknya dekat.

Sebaliknya di Kelantan, kos pengangkutan sampah dari sumber ke tempat pelupusan amat tinggi kerana jarak yang jauh selain kekangan “tipping fee” lebih tinggi kepada kontraktor dan vendor.

“Di Singapura dan Jepun tidak disediakan banyak tong sampah bagi mengelakkan rakyat tempatan kerap membuang sampah.

Penguatkuasaan yang tegas menjadikan penjanaan sampah berkurangan malah menjadi sumber pendapatan kepada rakyat mereka.

Berbeza dengan rakyat kita, mungkin hidup lebih mudah maka kita lebih bersikap tidak peduli”, ulasnya.

Kejayaan Palembang menggerakkan usaha massa dengan mempromosi amalan bergotong-royong disokong dengan kesungguhan datuk bandarnya yang wajib seminggu sekali turun turun padang secara menyeluruh.

Palembang menetapkan visi yang jelas iaitu menjadi negeri paling bersih di Indonesia; sama seperti Kelantan mahu menjadi negeri terbersih di Malaysia.

Dr Hj Izani menegaskan persamaan perancangan pemerintah Palembang dengan Kelantan namun di negeri ini, perlaksanaan amalan gotong-royong oleh massa tidak berlaku secara konsisten dan menyeluruh yang berkesan menjimatkan kos sehingga 70 peratus.

“Jika kita mempromosi konsep gotong-royong, kos membersih kawasan misalnya RM10,000 jika dilakukan secara berkontrak, akan menjadi hanya RM3,000 melalui gotong-royong. Sudah semestinya ia menjimatkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyusun jadual dan program gotong-royong di kawasan masing-masing dan menggerakkan rakyat untuk menjayakannya.

Respons rakyat terhadap kempen gotong-royong kebersihan tersebut adalah petunjuk positif rakyat sudah sedar kepentingan menjaga kebersihan.- UPKN KELANTAN 5/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2593664637534554

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

IMEJ PELANCONGAN KELANTAN PADA BAS E-MUTIARA

oleh Norzana Razaly Promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 bersama rakan-rakan strategik TMK2020 terus dipergiatkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC). Majlis pelancaran kempen ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri YB Mejar […]

Subscribe US Now