Tindakan lebih tegas kepada pembekal dan peruncit mercun – Mumtaz

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Hajah Mumtaz Md Nawi bersetuju tindakan lebih tegas kepada pembekal dan peruncit mercun dikenakan bagi membanteras penjualan mercun.

yb-mumtaz-pcMumtaz berkata demikian ketika diajukan wartawan mengenai cadangan hukuman yang setimpal kepada ibu bapa kanak-kanak yang ditimpa insiden mercun.

“Tidak semua kanak-kanak yang bermain dan tercedera akibat daripada mercun itu hasil daripada mak bapak yang beli. Kadang-kadang inisiatif tu datang daripada kanak-kanak sendiri kerana dorongan dari pihak luar,” ujar Mumtaz.

Tambah beliau lagi mercun bukan budaya orang Melayu mahupun rakyat Kelantan. Mercun juga bukan permainan kanak-kanak. Ia muncul di musim perayaan dan dijual berleluasa. Justeru, beliau melihat penjualan mercun boleh dikawal sekaligus dibanteras dengan kerjasama semua pihak.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment