TINJAUAN PERSIAPAN PESAWAT LIVERY KELANTAN SEMPENA TMK2020

webmaster

Salah satu usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam mempromosikan industri pelancongan Kelantan sempena Kempen Tahun Melawat Kelantan 2020 ialah dengan membawa nama Kelantan ke ruangan udara melalui kerjasama strategik bersama AirAsia Berhad melalui syarikat pengiklanan Laduni Services Sdn. Bhd.

Lawatan ke Pusat MRO Air Bus Sepang oleh YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri telah disambut oleh Dato’ Aziz Bakar, Pengasas Bersama AirAsia Berhad dan pengurusan AirAsia serta Ketua Bahagian Fasiliti dan Keselamatan, Sepang Aircraft Engineering, sebuah anak syarikat Air Bus yang mengendalikan Pusat MRO ini.

Lawatan ini bagi meninjau status persiapan sebuah pesawat AirAsia yang akan memaparkan imej Kelantan. Proses menyiapkan projek pesawat Livery ini siap sepenuhnya pada minggu ini dan kempen ini akan berlangsung selama 2 tahun bagi membawa ‘branding Kelantan in the Sky’ ke seluruh destinasi-destinasi utama dengan 6 sektor penerbangan sehari dan dijangka membawa lebih 630 ribu penumpang serta 3.5 Juta views selama 2 tahun pesawat ini terbang.

Turut hadir bersama, YB Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Timbalan SUK, YM YDP MPKB-BRI, YB ADUN Tendong, YB ADUN Chempaka, Bendahari Negeri dan delegasi daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

#KelantanDiHati

#ILoveKelantan

#TahunMelawatKelantan2020- FB MEJAR DATO’ MD ANIZAM AB RAHMAN 21/01/2020

Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2251502568477015&id=1525971781030101

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

CABARAN SEKURITI PRIVASI DALAM MASYARAKAT TANPA TUNAI

1. Pada 15 Januari (Rabu) yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah melancarkan program e-Tunai Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM450 juta untuk 15 juta pengguna. Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima RM30 tersebut. Duit akan dimasukkan menerusi aplikasi pengendali e-dompet terpilih iaitu […]

Subscribe US Now