TPP: Malaysia boleh tarik diri tanpa penalti

webmaster

KUALA LUMPUR – Malaysia boleh menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang penalti.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia boleh menggunakan klausa penarikan diri itu jika ia memutuskan untuk berbuat demikian dalam tempoh notis enam bulan tanpa dikenakan sebarang penalti.

mustapaBeliau berkata demikian kepada wartawan pada Seminar TPP Kebangsaan selama sehari, di sini, hari ini.

Mustapa bagaimanapun mengingatkan, tindakan penarikan diri itu juga bermakna Malaysia tidak lagi dapat menikmati manfaat TPP seperti akses kepada pelaburan serta kehilangan peluang menembusi pasaran lebih besar melibatkan 12 negara yang memeterainya.

TPP adalah perjanjian perdagangan bebas yang dirundingkan antara 12 negara iaitu Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada, Mexico, Peru, Chile, Brunei, Singapura, Jepun, Vietnam dan Malaysia.

Negara-negara berkenaan mewakili hampir 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia dan satu pertiga daripada perdagangan global.

Perjanjian itu berkemungkinan dimeterai di New Zealand pada Februari 2016 iaitu hanya selepas Parlimen memberi kelulusan untuk Malaysia berbuat demikian. -Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PIDR 2015 dijangka mendapat tumpuan

KUALA LUMPUR, 1 Disember  – Persidangan ICT dan Data Raya 2015 (PIDR 2015) dianjurkan oleh Pertubuhan Jaringan IT Malaysia akan diadakan selama sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada 12hb Disember, 2015 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Selangor. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 1hb Disember, 2015, […]

Subscribe US Now