TRW digesa tidak tarik diri Liga M

KOTA BHARU: Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan menggesa Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) supaya tidak menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Penyelaras badan itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kafa tidak boleh membuat keputusan itu memandangkan bola sepak adalah sukan milik rakyat Kelantan.

Katanya, masalah yang wujud itu boleh diselesaikan terutama membabitkan sumber kewangan.

Jelasnya, pihaknya akan  melancarkan tabung dana penyelamat bola sepak Kelantan.

Katanya yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu, tabung itu diharap dapat memulihkan kewangan Kafa.

Takiyuddin berkata, beliau berharap jika setiap orang rakyat menyumbang RM10 agar dapat mengurangkan bebanan ditanggung.

“Selain itu, kita juga akan berjumpa dengan tokoh korporat yang berasal dari Kelantan dan berada di luar negeri ini untuk membincangkan hal ini.

“Saya harap mereka dapat membantu pasukan The Red Warriors (TRW) untuk meneruskan saingan dalam Liga M musim depan,” ujarnya.

Takiyuddin berkata demikian pada sidang medianya semalam.

Sebuah akhbar harian Jumaat lalu melaporkan Kafa menerusi Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, pihaknya berdepan dengan kekangan kewangan yang serius. – HARAKAHDAILY 20/12/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment