Tuan Guru Pondok Seru Pertahan Kerajaan Islam Kelantan

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika bersama para tuan guru pondok seluruh Kelantan di Pondok Kandis. Ijtimak Pondok Bangkit Pertahan Kelantan itu turut diisi dengan Forum Masa depan Pondok yang dibarisi oleh Dr Lokman Abdullah, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad dan Ustaz Mohd Asri Mat Daud, Setiausaha Akhbar Menteri Besar yang di moderatorkan oleh Dr Mahyuddin Daud, Pensyarah Akademi Islam Nilam Puri.

Munajat dan bacaan dua ribu juz Al-Quran oleh dua ribu orang turut berlangsung antara maghrib dan isya tadi. Majlis berakhir dengan Ceramah Bangkit Pertahan oleh YB Dato’ Hj Nasaruddin Daud, Tuan Guru Hj Nik Razi Nik Mat, Tuan Guru Hj Wazir Che Awang dan Ustaz Tuan Syarifuddin Ismail. Berikut adalah resolusi Ijtimak Pondok Bangkit Pertahan Kelantan 2018:

RESOLUSI IJTIMAK PONDOK KELANTAN 2018 BERSAMA BANGKIT PERTAHAN

1– Ijtimak Pondok Kelantan 2018 memandang berat terhadap cabaran kepada Aqidah Umat Islam yang sedang berlaku dalam masyarakat mutakhir ini dan bertegas menolak segala bentuk aliran dan ajaran yang bercanggah dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

2– Ijtimak Pondok Kelantan 2018 mendokong usaha Kerajaan Islam Kelantan dalam mengekalkan negeri ini sebagai Serambi Mekah yang subur dengan ilmu dan amalan berteraskan kepada Perkara 4 (1), Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan bahawa pegangan rakyat negeri Kelantan adalah bersandarkan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut mazhab Abu Hasan Al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi dan orang yang mengikut jejak langkah keduanya.

3– Ijtimak Pondok Kelantan 2018 menegaskan bahawa mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan yang ada pada hari ini adalah WAJIB SYAR’IE. Justeru, Ijtimak ini menggesa anak Kelantan di perantauan WAJIB pulang mengundi dalam mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan walaupun berdepan dengan segala kesukaran dan kepayahan. Pengorbanan harta, masa, tenaga dan jiwa adalah sangat dituntut demi memartabatkan agama Allah SWT.

4– Seluruh rakyat Kelantan mesti berdiri teguh BERISTIQAMAH memilih pemimpin yang beriltizam menjunjung syariat Islam dalam negeri dan Negara ini walau ditawarkan dengan pelbagai bentuk tawaran duniawi, sebaliknya menjadikan agama dan aqidah perjuangan Islam sebagai matlamat utama kehidupan.

5– Ijtimak hari ini juga mempertegas akan keperluan pihak Kerajaan Negeri mengarusperdanakan institusi pondok dengan menyelaraskan sijil dan memberi pengiktirafan kepada penuntut lepasan pondok disamping mengadakan kerjasama akademik dengan pusat-pusat pengajian yang bermanhaj selari dengan pengajian aliran pondok.

6– Ijtimak Pondok Kelantan 2018 hari ini juga mempertegas bahawa betapa perlunya generasi muda khususnya di Kelantan dan umumnya di seluruh pelusuk tanah air untuk terus beristiqamah mendalami ilmu agama di institusi pondok dalam mempersiapkan diri sebagai tulang belakang kepada kebangkitan Islam dan menjadi benteng kepada Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

#WajibPertahanKerajaanIslamKelantan
#AnakKelantanDiPerantauanWajibBalikMengundi

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment