Tubuh yayasan kumpul dana untuk pelajar miskin

webmaster

AHLI Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin mencadangkan kerajaan mewujudkan satu yayasan untuk mengumpul dana bagi menaja pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Beliau berkata, yayasan ini dianggotai oleh gabungan orang kaya di dalam negara sebagaimana ia telah dilakukan oleh masyarakat Tionghoa bagi membantu pelajar-pelajar miskin dalam kalangan mereka mendapatkan pendidikan.

“Dalam keadaan kegawatan ekonomi hari ini adakah kerajaan berfikir seperti cara kaum Tionghoa iaitu mengadakan yayasan untuk mengumpul kewangan untuk taja pelajar-pelajar mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Devamy.

Menurut Izani, keperluan untuk pelajar miskin melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka, perlulah ditambah dari semasa ke semasa.

Di dalam soalan asal, Izani meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelajar Malaysia di United Kingdom dan adakah Kerajaan berhasrat menghentikan penghantaran pelajar ke sana pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri dalam jawapannya menegaskan kerajaan telah melaksanakan cadangan itu dengan pembabitan beberapa syarikat korporat antaranya Sime Darby bagi menaja pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran seperti di dalam bidang kejuruteraan. – HARAKAHDAILY 5/4/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penggulungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat

YB Puan Hajjah Mumtaz bt Md Nawi menjawab persoalan mengenai: 1. Pengurusan di pusat- pusat pemindahan banjir. 2. Cadangan menaikkan gaji minima untuk pegawai kontrak dan berelaun. 3. Kejayaan anak- anak OKU. 4. Jumlah orang yang bekerja melibatkan OKU. 5. Cadangan diberikan peluang pekerjaan, perniagaan dan kebajikan untuk OKU di […]

Subscribe US Now