TUGU BANJIR : SATU FITNAH KEPADA YAYASAN TOK KENALI (YTK).

webmaster

*KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB MENTERI BESAR KELANTAN*

TUGU BANJIR : SATU FITNAH KEPADA YAYASAN TOK KENALI (YTK).

1. Saya membaca dakwaan yang dibuat oleh YB Dato’ Haji Husam bin Musa yang disiarkan didalam Sinar Harian bertarikh 26 Januari 2016, halaman 36 (Kelantan) dan akhbar digital Malaysia Dateline bertarikh 25 Januari 2017 dengan tajuk TUGU BANJIR : KELANTAN BAZIRKAN RM 300,000 WANG YAYASAN TOK KENALI. Kenyataan tersebut adalah tidak betul dan sangat tidak bertangungjawab.

2. Selepas meneliti beberapa dokumen dan mendengar penjelasan daripada pihak Yayasan Amanah Tok Kenali, tanah yang dimaksudkan oleh ADUN Salor terbabit adalah dibeli oleh Yayasan Amanah Tok Kenali bagi tujuan menyelamatkan tanah Masjid Jauhar yang sebelum ini dibina diatas tanah milik individu. Manakala, Tugu Banjir yang dibina oleh Badan Bukan Kerajaan di Kuala Krai tidak termasuk didalam tanah yang dibeli oleh Yayasan Tok Kenali dan tidak seperti yang didakwa oleh beliau.

3. Oleh yang demikian, kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Dato’ Haji Husam bin Musa adalah menyimpang dan tiada asas serta saya mengesa pihak YB Dato’ Haji Husam bin Musa menarik balik tuduhan terhadap Yayasan Amanah Tok Kenali dan juga Kerajaan Negeri Kelantan sepertimana kenyataan yang telah beliau keluarkan.

4. Saya juga berharap, semua pemimpin politik atau individu perlulah sentiasa berhati-hati didalam memberikan kenyataan dan komen supaya ianya tidak mengelirukan dan menjadi fitnah kepada pihak Kerajaan Negeri.

Sekian, Terima Kasih.

HJ WAN ROSLAN WAN HAMAT
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Isu Tugu Banjir : Pemuda PAS Jawab Husam

1. Kami ucap terima kasih atas keprihatinan YB Dato’ dalam isu tugu banjir ini. Ia membuktikan bahawa Kerajaan Kelantan telah bertindak bijak dalam hal ini. Namun kami kesal dengan maklumat pra matang dan seakan akan tidak membuat “homework” dahulu sebelum meneruskan edisi edisi serangan kepada kerajaan negeri yang disalurkan kepada […]

Subscribe US Now