Tujuh beranak dapat rumah Dhuafat

PASIR MAS – Masalah yang dihadapi Mohd Norhisyam Aziz, 35, dan keluarganya mendapat perhatian daripada Adun Pengkalan Pasir, Datuk Hanifa Ahmad apabila menerima sebuah rumah Dhuafat.

Rumah tersebut siap dibina dua bulan lalu di Kampung Banggol Kemiang dan menunggu masa untuk diduduki kerana pada awalnya terdapat masalah bekalan elektrik yang belum dipasang lagi.

Beliau berkata, sekarang bekalan elektrik sudah dipasang dan Mohd Norhisyam serta isteri dan anak-anak sudah boleh tinggal di rumah tersebut yang jauh lebih selesa.

“Saya berharap dia dan keluarganya akan berpindah secepat mungkin kerana keadaan bangsal yang diduduki sekarang ini adalah tidak selesa untuk mereka besarkan lima anak yang masih kecil.

“Kami sudah berikan bantuan apa yang perlu dan berharap dia dapat menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.

Hanifa berkata, rumah Dhuafat yang dilengkapi dengan tiga buah bilik, dapur dan ruang tamu itu turut disertakan dengan bekalan air bersih dan ia cukup selesa untuk sebuah keluarga.

Sebelum ini Sinar Harian pada 9 Mei lalu menyiarkan tentang kisah kehidupan keluarga Mohd Norhisyam yang terpaksa tinggal di sebuah bangsal kecil tanpa bekalan elektrik dan air bersih.

Tujuh beranak tersebut berhimpit di sebuah bangsal hasil ehsan pemilik kebun getah sudah hampir dua tahun.

Mohd Norhisyam hanya mampu bekerja mencari ikan dan belut akibat penyakit buasir yang kritikal.

– Sinar Harian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment