Tukar: Rintihan guru duka lara

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan reformasi kepada Sistem Permohonan Pertukaran Guru (EGtukar) yang dilaksanakan hari ini.

Ia berikutan kes guru berstatus duka lara yang tidak berjaya menukar tempat mengajar untuk pulang ke pangkuan keluarga.

Tambahnya, reformasi tersebut mestilah turut dilakukan dari segi pengurusannya seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), bahkan KPM sendiri serta mengenepikan fahaman politik dalam isu itu memandangkan isu tersebut melampaui isu politik, agama dan bangsa.

“Ada yang berkhidmat melebihi 8 hingga 23 tahun di sekolah yang sama. Dua hari lepas, tular berkenaan guru yang selama 13 tahun duka lara, dan Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) sampai bercerai kerana tidak dapat tukar dari Johor ke Kelantan. Jual rumah, sampai sangggup serah anak kepada sesiapapun kerana mengalami kemurungan,” ujarnya dalam perbahasa Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam.

Bagaimanapun, beliau optimis KPM mempunyai komitmen dalam menghadapi isu itu dan berharap pihak kementerian menterjemahkan komtimen tersebut sehingga sampai ke peringkat akar umbi.

Beliau turut menyentuh keperluan golongan OKU di Malaysia seperti kenaikan bantuan kepada OKU bekerja dan meminta kerajaan memberi fokus kepada mushaf Al-Quran braille versi Malaysia yang telah diperkenalkan kerajaan. – HARAKAHDAILY 15/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8727-tukar-rintihan-guru-duka-lara

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

15 Peniaga Terima I-Kios Melalui Program PPKB-PBT

KOTA BHARU– Seramai 15 peniaga menerima I-Kios pada Majlis Penyerahan I-Kios Kepada Peserta Program Kios Bandar Tahun 2018 Dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) bertempat di Perkarangan Pejabat MPKB-BRI Cawangan Panji pagi ini. I-Kios yang menggunakan tenaga solar itu adalah sumbangan daripada Bahagian Kesejahteraan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan […]

Subscribe US Now