Tunggakan bil air berjumlah RM30 juta

TUMPAT: Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diminta membayar bil yang tertunggak sejak 10 tahun kini berjumlah RM30 juta.

Mohd Azami Mohd Nor melawat loji rawatan air di Wakaf Bharu.Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti Dato’ Azami Mohd Nor berkata, tunggakan itu gagal dilunaskan pemegang akaun.

Kata beliau sekiranya rakyat mengambil tanggungjawab membayar bil pelbagai masalah berkaitan bekalan air dapat diatasi.

“Kita berharap orang ramai mengambil tanggungjawab menjelaskan bil untuk faedah bersama,” katanya ketika ditemui selepas melawat Loji Rawatan Air Tumpat di Wakaf Bharu dan tapak projek tangki air di Taman Perumahan Sri Bayu semalam.

Hadir sama anggota Exco Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, ahli parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Adun Wakaf Bharu Rosli Abdullah dan Adun Kelaboran Adenan Hassan. – HARAKAHDAILY 18/2/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9792-tunggakan-bil-air-berjumlah-rm30-juta

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment