Tunggu PH bawa usul pindaan Akta 355

webmaster

KOTA BHARU: Sepatutnya Kelantan lebih awal melaksanakan hukum hudud memandangkan sudah dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) sejak 1993.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan kuliah di Medan Ilmu.

Bagaimanapun kata Timbalan Presiden PAS Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaksanaannya tidak dapat dilakukan kerana ada halangan perlembagaan biar pun sudah mendapat persetujuan istana.

“Kita sayu apabila mendapat tahu kerajaan Brunei dapat melaksanakan sepenuhnya hukum hudud selepas empat tahun pelaksanaan takzir.

“Bermula 1 April lepas perundangan hudud dilaksanakan sepenuhnya di Brunei di mana pesalah zina boleh dihukum sebat 100 rotan bagi belum berkahwin,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu hari ini.

Menurutnya juga PAS membawa usul pindaan Akta 355 pada persidangan parlimen sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lepas bagi meningkatkan taraf mahkamah syariah.

Katanya pindaan rang-rang itu sudah dibentang dan disokong anggota parlimen PAS.

“Ketika itu hanya tunggu untuk dibahas dan dibuat undian, namun tidak menjadi kenyataan. Jadi kita berharap kerajaan baharu membawa usul tersebut bagi membolehkan mahkamah syariah dinaik taraf,” katanya.

Lagi pun kata beliau sebelum ini pemimpin yang pernah bersama PAS memperjuangkan isu tersebut sudah berada dalam kerajaan.

“Kalau kerajaan Pakatan Harapan membawa usul tersebut kesemua anggota parlimen PAS akan sokong, begitu juga anggota parlimen Umno. Jadi kita tunggu mereka membawa usul tersebut,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10713-tunggu-ph-bawa-usul-pindaan-akta-355

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Qari Kelantan juara Tilawah Antarabangsa Kuwait

KOTA BHARU: Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) Ustaz Abdullah Fahmi Che Nor muncul johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran kerajaan Kuwait. Kemenangan itu membolehkan beliau menerima wang tunai berjumlah 5,000 Kuwait Dinar bersamaan RM68,000. Tempat kedua dimenangi peserta dari Indonesia, ketiga Brunei Darussalam dan diikuti Iran serta Thailand. […]

Subscribe US Now