Tuntut inisiatif kerajaan atasi isu pekerja diberhenti

webmaster

KUALA LUMPUR: Para pekerja yang kehilangan pekerjaan berterusan mengalami kesusahan berikutan kerajaan juga gagal menyediakan inisiatif sewajarnya untuk golongan tersebut.

Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berkata, sedangkan kerajaan menjanjikan pada PRU14 untuk menyediakan sejuta peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Di mana janji ini, berapa peratus yang telah dicapai dan apakah usaha untuk memastikan kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Bagaimana cadangan terbaru untuk bawa pekerja asing dari Afrika yang ditarik balik?” persoalnya pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini hari ini.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran ketika menjawab soalan Siti Zailah memaklumkan, mengikut rekod Jabatan Tenaga Kerja, seramai 32,929 pekerja sektor swasta diberhentikan antara Mei 2018 hingga Mei 2019.

Jelasnya, 25,810 pekerja diberhentikan secara biasa, manakala 7,219 lagi diberhentikan secara sukarela (VSS), selain turut menyatakan rakyat negara ini enggan bekerja di sektor perladangan. – HARAKAHDAILY 1/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11744-tuntut-inisiatif-kerajaan-atasi-isu-pekerja-diberhentikan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kereta terbang cetus kebimbangan rakyat

KUALA LUMPUR:¬†Perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang (air mobility) membangkitkan kebimbangan rakyat mengenai kedaulatan terhadap ruang udara yang sekali gus mencetuskan keselamatan negara. Membangkitkan isu tersebut dalam soalan tambahan ketika persidangan pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Man menuntut kerajaan menjelaskan langkah […]

Subscribe US Now