U-BeS FC rebut Piala FAM musim ini

webmaster

KOTA BHARU: Peminat bola sepak dikejutkan dengan kehadiran pasukan baru U-BeS FC (MPKB-BRI) mewakili Kelantan beraksi di kejohanan Piala FAM musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, berkata pasukan itu satu-satunya wakil dari Kelantan.

“Tahun ini merupakan tahun pertama pasukan kita menyertai Piala FAM.

“Kita berharap penyertaan pertama dapat membawa matlamat besar bukan sahaja untuk menang, sebaliknya kecekalan bersaing dengan pasukan lain,” katanya selepas meninjau  pemilihan pemain pasukan U-BeS FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini petang semalam.

Oleh itu beliau berharap pemilihan pemain diharap dapat diselesaikan sebelum beraksi di kejohanan tersebut.

Katanya pemain yang dipilih sebahagian berpengalaman akan dibimbing jurulatih berkeliber. Mohd Ridza Zain dilantik sebagai Ketua Pengurus Pasukan U-BeS FC (MPKB-BRI).

“Kita akan memilih 25 pemain termasuk juga pegawai dan jurulatih. Kita juga berharap media dapat memberikan imej yang baik kerana U-Bes FC satu-satunya pasukan yang wakili Kelantan,” ujarnya.

Liga FAM Malaysia 2016 merupakan edisi ke-64 iaitu liga divisyen 3 dalam sistem piramid bolasepak Malaysia akan bermula 28 Februari ini. – HARAKAHDAILY 1/2/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ustaz Mohd Zaki, Tokoh Usahawan Kelantan 2015

SETAPAK demi setapak didaki dalam menuju puncak perniagaannya, biarpun dengan modal hanya RM2,000 yang didapati dari pinjaman keluarga beliau. Dalam usia 24 tahun, Ustaz Mohd Zaki Zakaria memulakan perniagaannya dengan menubuhkan Pusat Bimbingan Azkia yang berfokus kepada kelas bimbingan al-Quran. Bermula di Kampung Tok Burong, Jalan Pantai Irama Bachok, Kelantan […]

Subscribe US Now