U-BES RANGKA LEBIH 200 AGENDA SEPANJANG 2020

webmaster

oleh Norzana Razaly

Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan (U-BeS) merancang lebih 200 agenda sepanjang 2020 bersempena 15 tahun usia U-BeS berteraskan satu jenama khas beridentiti islamik, berciri dinamik dan bergaya futuristik melibatkan kerjasama secara bersepadu dan berkolaboratif dengan agensi-agensi lain bagi menjayakan semua program supaya lebih efisyen, menjimatkan guna tenaga dan kos berteraskan tadbir-urus yang berfokus kepada kepimpinan berwawasan melalui pengurusan pintar bagi meningkatkan prestasi.

Menurut pengarahnya, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin, U-BeS menjangkau usia 15 tahun penubuhannya pada tahun 2020. Bersekali dengan 30 tahun pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI) maka pihak U-BeS juga menyahut positif Strategi Lautan Hijau dalam mempertingkatkan mutu pengurusan profesional dalam memperkasakan aktiviti kebeliaan dan kesukanan serta memperhebatkan lagi jaringan rangkaian NGO.

Ustaz Nasruddin melahirkan kesyukuran kerana Mr Awang Selamat Kelantan menjadi sohor kini dan dicontohi negeri lain membuktikan alternatif sukan patuh syariah inovasi produk Kelantan yang berjaya berfungsi sebagai medan ibadah sejajar dengan dasar MMBI.

Sinergi aktiviti kebeliaan dan kesukanan yang mengutamakan kesihatan dari aspek penjagaan pemakan dan gaya hidup menepati Teras Sosial Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 yang menumpu kepada kualiti kehidupan rakyat melalui komuniti yang berlandaskan cara kehidupan hijau.

“Inilah terjemahan kepada pelaksanaan dasar MMBI. Bahkan semua aktiviti sukan alternatif patuh syariah akan sentiasa ditambahbaik dari aspek peraturan pertandingan dan pemerkasaan jadual latihan selaras dengan Strategi Lautan Hijau pula yang memfokus serius terhadap inovasi berimpak tinggi di dalam bidang sukan bagi melahirkan lebih ramai ikon belia Kelantan profesional dan bersahsiah mulia” katanya.

Tambahnya, program sukan alternatif patuh syariah kian mendapat sambutan baik sekaligus dapat mempertingkatkan infrastruktur sukan di Kelantan seiring hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk menjadi tuan rumah penganjuran SUKMA 2024.

“Kumpulan generasi sejahtera Kelantan (Gentera) juga akan dioptimakan penglibatan mereka dalam aktivti yang relevan dengan kebeliaan sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mereka yang telah mendapat latihan dan pendedahan tentang dasar kerajaan,” ujarnya.- UPKN KELANTAN 16/01/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2577242965843388

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KERAJAAN NEGERI KELANTAN SANTUNI MASYARAKAT TIONG HWA

KOTA BHARU: Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kota Bharu meraikan masyarakat Tiong Hwa dengan mengagihkan limau dan ang pow kepada kanak-kanak bertempat di KB Mall, Kota Bharu dan Pasar Pokok Pinang, Kota Bharu. Program yang berlandaskan kasih sayang ini diadakan bagi menyemai semangat […]

Subscribe US Now