Ucapan Terima Kasih Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Di Atas Persetujuan Meluluskan Lima Projek Pembangunan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2019 Yang Menelan Belanja Rm1.4 Bilion

webmaster

1. Kerajaan Negeri Kelantan bersyukur kehadrat Allah SWT serta merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamed Perdana Menteri Malaysia yang telah bersetuju meluluskan lima projek utama pembangunan Negeri Kelantan yang dianggarkan memakan belanja RM1.4 bilion.

2. Kerajaan Negeri Kelantan juga turut merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan di atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 07 Mac 2019 serta turut mempengerusikan Mesyuarat MTNg Kelantan kali pertama. Beliau turut mengumumkan lima projek yang diluluskan iaitu :

I. Pembinaan LPT3 sejauh 150KM bermula dari Gemuroh (Terengganu) ke Tumpat sepanjang 150KM.

II. Menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

III. Membina jalan raya yang menghubungkan Pasir Puteh-Machang-Jeli.

IV. Pembinaan jambatan Palekbang di Kota Bharu.

V. Pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) sepanjang 123 kilometer.

3. Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan sokongan penuh di atas keputusan YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa tidak akan ada lagi lantikan politik dalam MTNg dan buat pertama kali struktur majlis ini dirombak dengan melibatkan pegawai Kerajaan negeri dan persekutuan sahaja.

4. Kerajaan Negeri melihat bahawa perlantikan YB Dato Seri Mohamed Azmin Ali selaku pengerusi MTNg Kelantan adalah sebagai pemilihan yang tepat dan Kerajaan Negeri akan memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan semua projek-projek pembangunan negeri dan negara.

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
2 Rejab 1440H/9 Mac 2019M

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/982639335259517

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan bayar royalti Kelantan April depan - Azmin

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan dijangka menyelesaikan royalti petroleum yang menjadi tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan April depan selepas Kerajaan Negeri menyelesaikan proses menarik balik saman di mahkamah. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Persekutuan bagaimanapun telah membayar sebahagian daripada tuntutan tersebut, manakala selebihnya tertangguh kerana pertikaian […]

Subscribe US Now