UM kenal pasti tapak kampus di Bachok

webmaster

KOTA BHARU: Akademi Islam Universiti Malaya (UM) mengenal pasti tapak baru di Bachok sebagai kampus baru menggantikan kampus di Nilam Puri sekarang.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri dimaklumkan perbincangan UM dengan pemilik tanah sudah dilakukan.

“Tanah seluas lebih kurang 25 ekar di Kandis itu merupakan bekas kampus Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist).

“Difahamkan Akademi Islam Universiti Malaya hanya memerlukan kawasan seluas 15 ekar sahaja,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Integriti di Kota Darulnaim hari ini.

Turut hadir Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri, Dato’ Shahidani Abdul Aziz, Pengawai Kewangan Negeri, Dato’ Ahmad Robert Abdul Rahim dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Adnan Hussin.

Mohd Amar berkata, tanah yang diduduki Akademi Islam sekarang merupakan tanah kerajaan yang diberi hak milik kepada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), kini dalam proses dinaik taraf sebagai kolej universiti. – HARAKAHDAILY 26/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8875-um-kenal-pasti-tapak-kampus-di-bachok

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pampasan kecil mangsa kemalangan kereta k'jaan

KUALA LUMPUR: Mangsa kemalangan melibatkan kenderaan kerajaan mungkin hanya akan menerima jumlah pampasan yang kecil berikutan pengurangan besar peruntukan berkaitan dalam Belanjawan 2019. Kebimbangan tersebut disuarakan Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu) ketika membahas mengenai bayaran tuntutan insurans dan pampasan pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, semalam. Belanjawan kali ini […]

Subscribe US Now