Umat berdepan ancaman terhadap Islam

webmaster

KOTA BHARU: Orang Islam perlu kembali kepada ajaran agama ketika perpaduan umat Islam semakin rapuh sekarang.

Tengku Mahkota menyampaikan hadiah kepada Qaayim.Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, ancaman terhadap Islam semakin menjadi-jadi sekarang sehingga mengurangkan keizahan kepada ummah.

“Sedangkan umat Islam merupakan majoriti di Malaysia. Jadi kita kena kembali kepada ajara Islam dalam mendepani isu yang berlaku sekarang.

“Al Quran hendaklah menjadi dustur atau sumber rujukan umat Islam,” katanya pada majlis Pengurniaan Hadiah Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri di Balai Islam malam tadi.

Penyampaian hadiah disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Dato’ Abdullah Ya’kub, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, Mufti kerajaan negeri Dato’ Muhd Sukri Muhammad, anggota Exco Dato’ Muhd Nassurudin Daud dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Menteri Besar juga berkata, kepentingan membudayakan penghayatan al-Quran hendaklah menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Sementara itu qari cacat penglihatan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dari jajahan Kota Bharu muncul johan bagi kategori qari.

Manakala Mariam Jusoh dari jajahan Pasir Puteh johan qariah. Mereka menerima hadiah wang tunai RM10,000, tiket menunaikan umrah, piala dan sijil penyertaan.

Manakala Abdullah Ulwan Ismail, 22 dari Pusat Kebajikan Tahfiz Banggol Kulim, Rantau Panjang muncul johan menghafal al Quran kategori hafiz.

Manakala hafizah dimenangi Afifah Syakirah Mohd Radzi, 18 dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah. Mereka menerima wang tunai RM10,000, piala dan sijil penyertaan.

Seramai 164 peserta mengambil bahagian menghafal al Quran, manakala 20 peserta tilawah al Quran. – HARAKAHDAILY 8/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10070-umat-berdepan-ancaman-terhadap-islam

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bekas buruh paksa Jepun tidak terbela

KOTA BHARU: Penderitaan kira-kira 72,000 rakyat Tanah Melayu yang pernah menderita akibat dipaksa menjadi buruh di Burma pada 1942-1946 tidak berpenghujung sehingga sekarang. Hampir kesemua buruh terbabit sebahagian besar dari Kelantan yang diangkut ke Burma, kini sudah tidak ada lagi. Daripada jumlah tersebut hanya kira-kira 30,000 orang sahaja yang pulang semula […]

Subscribe US Now