UMK ikut arus perubahan global

webmaster

PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra mahu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menumpu usaha untuk menjamin kualiti dan kecemerlangannya.

Titah baginda, UMK diharap tidak ketinggalan dalam melakukan lonjakan dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan global.

“Sebagai universiti keusahawanan, UMK perlu melipat gandakan usaha untuk menjadikan keusahawanan sebagai kekuatan utama universiti.

“UMK perlu mempertingkatkan lagi ekosistem keusahawanan meliputi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan pelajar,” titah baginda sempena Pemasyhuran Canselor UMK semalam.

Menurut baginda juga, UMK hendaklah memperlihatkan kecemerlangan dari aspek sumber manusia, penyelidikan transnasional, jalinan dan kerjasama industri.

Selain itu penjanaan pendapatan untuk kekal relevan dalam masyarakat dan negara.

Baginda juga bertitah, peranan UMK membantu kerajaan memperkasakan ekonomi masyarakat terutamanya di luar bandar sesuatu yang baik – HARAKAHDAILY 26/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Janji Tok Guru kepada bekas tentera tertunai

PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membangunkan tanah seluas 1,000 ekar di Sungai Terah di Gua Musang untuk dibangunkan bandar baru dan projek perumahan. Daripada jumlah itu kata Ketua Eksekutif PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail, sebanyak 100 ekar diserahkan kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan bakinya Bandar […]

Subscribe US Now