Umno bolot Pengerusi MSN sejak 1990

webmaster

KOTA BHARU: Sejak 1990 sehingga Mei lepas Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) dilantik dalam kalangan pemimpin Umno di Kelantan.

Sedangkan di negeri-negeri lain dilantik anggota Exco yang mempengerusikan portfolio sukan sebagai wakili Menteri Besar.

Bagaimanapun sejak rejim kerajaan Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum lepas, jawatan itu mahu dikembalikan kepada wakil kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, langkah baru kerajaan Pakatan Harapan dapat merungkai banyak masalah berbangkit sebelum ini.

Katanya, sebelum ini wakil kerajaan negeri tidak ada saluran untuk bertemu atlet termasuk yang mewakili negeri ke Sukan Malaysia (SUKMA).

“Begitu pembangunan program-program sukan, kerajaan negeri dipinggirkan. Biar pun begitu kerajaan negeri tetap menghargai setiap atlet yang berjaya mengharum nama Kelantan,” katanya di sini.

Malam tadi beliau diundang merasmikan program Kemudi’s Biggest Loser di sebuah hotel di sini.

Baru-baru ini Wan Roslan menghadiri mesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 9/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7721-umno-bolot-pengerusi-msn-sejak-1990

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Parkir RM1.50 sehari di Bandar Tasik Raja

PASIR MAS: Kerajaan banyak bertolak ansur terhadap tuntutan peniaga yang berniaga di pasar baru bagi memastikan mereka dapat menjalankan perniagaan lebih selesa. Begitu juga tuntutan peniaga di Pasar Tasik Raja untuk berniaga lebih selesa juga diberi perhatian. Malah difahamkan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi menyediakan pendawaian […]

Subscribe US Now