Umno pernah halang projek ke Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Kekurangan infrastruktur menjadi faktor utama Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri lain di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, Kelantan dinafi mendapat lebuh raya yang pernah dilulus dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) pada 1986.

Bagaimanapun katanya, selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum 1990 projek itu digantung.

“Inilah susahnya kalau kita fikir lebih kepada parti daripada rakyat. Sedangkan kita menjadi ketua kepada semua rakyat.

“Namun apa yang berlaku sebelum ini perdana menteri lebih mirip kepada parti sendiri sahaja.

“Dahulu pernah kita ingat kata-kata Tun Dr Mahathir yang menyebut kerajaan pusat hendak bagi projek pembangunan ke Kelantan tetapi budak kita (Umno Kelantan) yang halang,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan Kelantan 2019 di persidangan Dun hari ini. – HARAKAHDAILY 31/101/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8576-umno-pernah-halang-projek-ke-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pasukan beruniform: Serap tentera tidak berpencen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kerajaan menjelaskan sama ada dasar yang membolehkan anggota tentera yang tidak berpencen diserap masuk ke pasukan beruniform wujud, bagi memanfaatkan kebolehan yang ada dalam kalangan mereka. “Sebab ramai di kalangan mereka, apabila mereka berhenti, mereka berminat semula untuk masuk. Jadi […]

Subscribe US Now