Umno sogok pengundi di Tanah Merah

webmaster

KOTA BHARU: Golongan muda yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas didakwa menerima bayaran sehingga RM400 daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Tanah Merah.

Bayaran itu didakwa dibuat dua kali iaitu kali pertama RM100 dan kedua sebanyak RM300 dengan syarat pengundi terbabit menunjukkan gambar menggunakan telefon sebagai bukti.

Calon PAS Dun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, kemenangan yang dicapai Umno dan BN di Tanah Merah dianggap tidak profesional kerana penuh dengan rasuah, sogokan serta baiah untuk mengundi BN. (Foto atas: Wan Yusoff menunjukkan jam tangan dan power bank mempunyai nama calon BN Parlimen Tanah Merah.)

Katanya, gejala sogokan dan rasuah begitu ketara berlaku pada PRU lalu di kerusi Parlimen Tanah Merah dan Dun Gual Ipoh.

“Bahkan jentera Barisan Nasional dan Umno agresif melakukan perbuatan itu pada hari pengundian bagi memenangkan Dato’ Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz sebagai calon kerusi Parlimen Tanah Merah dan Mohd Bakri Mustapha di Dun Gual Ipoh,” katanya di sini.

Semalam beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan berkenaan yang didalangi pemimpin Umno Tanah Merah. – HARAKAHDAILY 24/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan benteng pengaruh Islam liberal

KOTA BHARU: Kelantan akan menjadi benteng bagi menyelamatkan umat Islam daripada fahaman liberal yang semakin menjadi-jadi sekarang. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentera Kanan Ahmad Yakob berkata, kumpulan berfahaman Islam liberal berjuang bagi menyamaratakan agama dan menuntut hak asasi. Kata beliau antara perjuangan kumpulan terbabit termasuk kefahaman mengenai agama-agama dianggap sebagai sama […]

Subscribe US Now