Umum tarikh PRU 3 tahun lebih awal

webmaster

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap melakukan reformasi dengan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) tiga tahun lebih awal.

Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berkata, pengumuman lebih awal membolehkan part-parti politik membuat persiapan lebih tersusun bagi menghadapi PRU.

Katanya, sebelum ini hak bagi menentukan tarikh pilihan raya hanya boleh ditentukan Perdana Menteri seorang sahaja.

“Jadi kita berharap kerajaan baharu membuat perubahan dengan mengumumkan tarikh pilihan raya sekurang-kurang tiga tahun lebih awal,” katanya ketika mengambil bahagian membahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sejak merdeka sehingga sekarang tarikh bagi menentukan PRU hanya ditentukan oleh perdana menteri sahaja. Ketika era Dato’ Seri Najib Razak tarikh PRU diumumkan sehingga akhir penggal.

Keadaan itu menyebabkan timbul suasana kelam kabut sehingga banyak pihak tampil bagi meramalkan tarikh PRU biar pun tersasar jauh.

Abdul Latif juga berkata, sekarang masa terbaik Petronas dan kerajaan pusat membayar royalti petroleum kepada Kelantan selepas saman terhadap Petronas ditarik balik kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 25/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8518-umum-tarikh-pru-3-tahun-lebih-awal

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafsir al Quran ikut cita rasa sendiri

KOTA BHARU: Umat Islam di akhir zaman agak malang apabila ada manusia membuat penilaian sendiri tentang ayat-ayat al-Quran mengikut cita rasa mereka. Isteri Imam Besar Masjidil Aqsa, Dr Naela Hashem Hasan Sabri berkata, golongan terbabit bukan hanya menghina al Quran, sebaliknya mengelirukan umat Islam. “Islam begitu terancam zaman sekarang dengan pelbagai dakyah […]

Subscribe US Now