UNISEL Berminat Jalin Kerjasama Pendidikan Dengan Kelantan

webmaster

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan mempengerusikan majlis perbincangan kerjasama dua hala di antara pihak Kerajaan Negeri dengan Universiti Selangor (UNISEL) bertempat di pejabatnya Kota Darulnaim hari ini.

Dalam Program Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi UNISEL itu perbincangan lebih menjurus kepada peluang untuk pelajar dari Negeri Kelantan yang berhasrat menyambung pengajian di UNISEL.

Hadir sama mewakili Kerajaan Negeri ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Haji Azhar Salleh, Ketua Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Prof. Dr. Ab Aziz Mohd Zin, Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG), Dato’ Dr Johari Mat, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Pengarah Institut Latihan Pergurusan Kelantan (ILPK), Dr Yaakob Yusoff, Pengarah Unit Pemantauan dan Perlaksanaan Strategik (SPARK), Dr Nadzmi Ghazali Azmi serta wakil daripada UPEN dan Yayasan Tabung Amanah Tok Kenali.

Manakala UNISEL diwakili oleh Presiden yang juga Naib Canselornya, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Naib Canselor (Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri), Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Pendaftar, Puan Hajjah Rokmaa Haji Mat, Bendahari, Puan Zaitun Abd Malek dan Pengarah Pejabat Pentadbiran dan Sumber Manusia, Puan Hajjah Ruhani Zakaria.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

UPKN, AKSB SELARAS HEBAH BERITA TEPAT TENTANG SELENGGARAAN BEKALAN AIR

oleh Norzana Razaly KOTA BHARU – Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) dan Unit Komunikasi Korporat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) telah bermesyuarat mengenai teknik penyelarasan hebahan berita secara efisyen tentang gerak kerja penyelenggaraan dan penyaluran bekalan air kepada rakyat Kelantan pada pukul 2.30 petang tadi di Wisma […]

Subscribe US Now